Penggunaan Kuprum(II) sulfat

Hablur kuprum(II) sulfat pada pembesaran 100x

Ia boleh digunakan dalam penyaduran logam bersama kuprum, sebagai racun kulat atau racun herba, atau untuk ujian kimia bagi air (bentuk kontangnya akan menyerap air dan bertukar menjadi biru). Apabila dicampurkan dengan kapur, ia dinamakan larutan Bordeaux. Ia juga digunakan dalam larutan Fehling untuk ujian gula penurun, iaitu gula penurun akan menurunkan ion Cu2+ak biru kepada kuprum(I) oksida merah. Penggunaan-penggunaan lain termasuklah pewarna rambut dan pemprosesan barangan kulit dan tekstil.

Kuprum sulfat juga digunakan untuk menguji darah bagi mengesan anemia. Setitik darah pesakit dititiskan ke dalam bekas yang mengandungi kuprum sulfat, dan jikalau ia tenggelam pada masa-masa yang tertentu, maka pesakit mempunyai tahap hemoglobin yang mencukupi dan tidak menghidapi anemia. Jika titisan darah terapung atau tenggelam dengan sangat perlahan, maka pesakit adalah kekurangan besi dan berkemungkinan menghidapi anemia.

Dalam ujian nyala, ion kuprum memancarkan cahaya hijau-kebiruan gelap, lebih kebiruan daripada ujian nyala bagi barium.

Kuprum(II) sulfat juga sejenis bahan pengering.

Apabila dihangatkan dalam nyalaan terbuka, hablur kuprum(II) sulfat akan terhidrat dan bertukar menjadi putih kekelabuan.

Kuprum sulfat biasanya antara bahan-bahan kimia yang dimasukkan dalam set kimia kanak-kanak dan selalunya digunakan dalam eksperimen-eksperimen pertumbuhan hablur dan penyaduran kuprum semasa sekolah menengah.

Hablur-hablur besar kuprum sulfat


Berkaitan